MPT1193(Authoring System)

Tuesday 11 March 2014

Refleksi minggu kelima

No comments
Refleksi minggu kelima.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 10.3.2014 merupakan minggu kelima sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr. Zaida.Sebelum kelas minggu kelima saya telah membuat ulangkaji tentang pembinaan Dynamic Webpage.Pada permulaan kelas juga prof membuat ulangkaji tentang pembinaan Dynamic Webpage.Sesi pembelajaran pada hari ini adalah untuk membina web menggunakan PHP.Banyak langkah yang perlu kita ikuti.Pertamanya kita perlu download XAMPP.Kemudian kita perlu membuat connection dengan stop IIS dan on Xampp apache dan MySQL.Langkah seterusnya kita perlu membuat database.Setelah selesai membuat database kita perlu bina site...Langkah seterusnya kita hendaklah membina connection dan guestbook dengan memasukkan surname,firstname,email,website dan message.Seterusnya bina form untuk masukkan note yang akan dipaparkan ke pangkalan data apabila kita submit.Kemudian bina satu lagi form untuk papar data dan buat repeat region.Langkah seterusnya kita mestilah insert record dan form elements mestilah di samakan dengan elemen pada column.Setelah selesai semuanya buat recordSet dan drag semua kedalam guestbook.Kemudian highlight semua dan buat repeat region dan klip pada all records.Setelah kita isi maklumat pada contact form boleh lah cuba view.Langkah seterusnya kita perlu buat 2 form yang boleh diberi nama register project dan login project.Pada form register kita kena tambah user name dan password dan pada form perlu ada username dan password sahaja.Untuk memastikan tidak dicerobohi kita perlu menggunakan user auntentication dan restrict access to pages dan kita boleh pilih kemana kita nak papar jika orang berjaya login dan papar sebagai apa jika gagal login.Begitulah secara umumnya dan sebenarnya banyak langkah-langkah yang kita perlu ikuti untuk memastikan projek ini berjaya dan ini tidak termasuk dengan problem-problem yang melanda..Terima kasih Prof. Zaidatun dan rakan-rakan yang membantu.

0 comments:

Post a Comment

Entries RSS Comments RSS

Assalamualaikum....

Kerja sebagai satu ibadah...
Menuntut ilmu suatu kewajipan...

Pages


Copyright © Zuhairizam UTM
Powered by Blogger
Distributed By Free Blogger Templates | Design by N.Design Studio
Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com