MPT1193(Authoring System)

Monday 19 May 2014

Refleksi minggu kelima belas

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 19.5.2014 merupakan minggu kelima belas sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system dan minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin. Pada minggu ini Dr cuba mengimbas kembali topik-topik yang telah dipelajari. Doktor mengingatkan kami supaya membuat latihan setiap apa yang telah dipelajari dan mempraktikkan dalam kerja kami. Selain itu, kelas pada minggu ini juga turut membincankan isu-isu semasa berkaitan teknologi dalam pendidikan. Kebanyakkan respon dari pelajar mengatakan kekurangan kemahiran guru-guru mengendalikan komputer menyebabkan guru-guru tidak menggunakan komputer atau ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa kekurangan kelengkapan yang disediakan seperti LCD di dalam kelas menyebabkan guru-guru tidak menggunakan komputer dalam proses pengajaran. Pada akhir kuliah Dr meminta kami supaya menjawab soalan dengan baik..Terima kasih diucapkan kepada guruku Dr Norasyikin di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan. Saya memohon maaf jika terdapat kesalahan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan. Semoga Dr dirahmati Allah selalu,ameen...

Monday 12 May 2014

Refleksi minggu keempat belas

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 12.5.2014 merupakan minggu keempat belas sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin. Pada permulaan kelas Dr bertanyakan tentang tugasan. Dalam asignment mesti ada montaj dan introduction,,Kemudian mesti ada ada contents mesti ada grafik,audio,teks dan flash. Asignment mesti melibatkan action script seperti go to stop. Seterusnya Dr meminta kami membuat latihan untuk pelajar sekurang-kurangnya ada 2 seperti pilihan pelbagai dan objektif dan penyudahnya mesti ada ending. Seterusnya prof menerangkan tentang SWF.Prof menerangkan tentang publish seting dimana kita boleh mengubahnya sama ada kita nak gunakan format, flash, atau HTML. Version untuk player mestilah version 9 keatas untuk memastikan ianya boleh dimainkan. Doktor menerangkan sidikit tentang mobile and tablet development. Seterusnya Dr menerangkan kepada kami tentang coding. Kelas hari ini juga Dr akan menerangkan tentang drag and drop.

Monday 5 May 2014

Refleksi minggu ketiga belas

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 5.5.2014 merupakan minggu ketiga belas sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin.Kelas pada minggu ini membincangkan tentang cara memasukkan teks. Teks dimasukkan untuk memberi respon dan respon tersebut tidak semestinya sama. Langkah pertama Dr menerangkan cara memasukkan input teks contohnya memasukkan teks nama. Soalan dibina dan dikelaskan sebagai input teks. Kami juga dikehendaki membuat kotak untuk respon dan dikenali sebagai dynamic teks. Respon-respon yaang akan diberikan sama ada positif atau negetif. Seterusnya Dr meminta kami mengistiharkan pada action script viriblenya seperti stop,var answer, var respon,answer and respon. Pada action kami diajar cara-cara memasukkan coding-coding tertentu dimana arahan pada coding ini akan dipaparkan nanti pada scene. Saya menggunakan flash CS6 dan mempunyai sedikit masalah namun dapat diatasi dengan bantuan Dr dan rakan-rakan. Seterusnya Dr meminta kami membuat soalan objektif dimana button yang digunakan adalah statik dan arahan pada action lebih senang jika dibandingkan dengan soalan struktur.Latihan akan dilakukan untuk memastikan proses memasukkan teks lebih mahir pada masa akan datnag.Terima kasih Dr.Nurasyikin....

Sunday 4 May 2014

Refleksi minggu kedua belas

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 28.4.2014 merupakan minggu kedua belas sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin. Kelas seterusnya menyambung kembali pembelajaran flash. Pada permulaan kelas Dr bertanyakan tentang tugasan dan mengingatkan kembali tentang pelajaran pada minggu lepas.Pada minggu ini Dr. menerangkan tentang basic actio script dan juga programming. Dr juga menerangkan beza antara programming dan script dimana programming merupakan satu bahasa yang susah perlu dipelajari dan dibuat code berbeza dengan script dimana ianya mudah untuk difahami. Dari segi bahasa juga bahasa programming adalah panjang dan sukar untuk difahami. Pada minggu ini juga Dr mengajar kami membuat animasi montajdan juga shape tweening. Dr telah menerangkan step-stepnya dengan go to insert key frame kemudian go to shape tweening..Kita juga boleh hentikannya dengan go to actions dan go to global function pilih time line control dan pilih stop. Dr. juga ada menerangkan kepada kami cara untuk convert to library scene pada library. Selain itu Dr menerangkan dan memberi tunjuk ajar cara-cara membuat scene.

Saturday 26 April 2014

Refleksi minggu kesebelas

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 21.4.2014 merupakan minggu kesebelas sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin. Kelas seterusnya menyambung kembali pembelajaran flash. Pada permulaan kelas Dr bertanyakan tentang tugasan dan mengingatkan kembali tentang pelajaran pada minggu lepas. Dr menerangkan tentang scene dalam flash dan cara untuk memasukkan scene seperti dengan go to window, other panel and go to scene. Kami juga diajar cara memasukkan sound.Dr meminta kami dowload sound from internet untuk di masukkan ke dalam flash.Sound mestilah pendek sahaja seperti bunyi-bunyi haiwan. Sound yang di download diimport to library untuk memasukkan sound. Dari library kita boleh drag sound untuk mengaktifkannya. Effect kita boleh tentukan sama ada kita mahukan dari sebelah kanan atau kiri ia bermula. Sound juga boleh di edit-edit mengikut second ata mengikut frame dimana 1 second bersamaan 12 frame. Sound juga boleh di cut mengikut kehendak kita. Dr meminta kami mencari audio atau movie untuk di jadikan bahan assignment.

Monday 14 April 2014

Refleksi minggu kesepuluh

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 14.4.2014 merupakan minggu kesepuluh sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin. Kelas seterusnya menyambung kembali pembelajaran flash. Pada minggu ini kami banyak belajar cara membuat shape tween. Dr. mengajar kami cara membuat objek boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan memasukkan key frame. Dr. turut  mengajar kami cara membuat perubahan bentuk seperti rectangle boleh bertindan dengan circle dan membentuk satu kombinasi yang baik.Dr. juga mengajar kami cara memasukkan image dengan dengan import to stage dan kecilkan image yang diimport menggunakan free transform. Contoh yang kami pelajari pada minggu ini ialah memasukkan semut dan semut itu berjalan mengikut jalan yang dibuat.Begitulah secara ringkas pembelajaran pada minggu ini dan latihan akan dilakukan untuk memantapkan apa yang telah dipelajari..Terima kasih Dr. Syikin. 

Monday 7 April 2014

Refleksi minggu kesembilan

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah pada 7.4.2014 merupakan minggu kesembilan sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr.Norasyikin.Pada permulaan kelas prof memberi penerangan tentang flash.Flash mesra pengguna, smooth kepada pengguna kerana saiz failnya kecil. Kartun animasi boleh dihasilkan dari flash dengan format FLA dan apabila dipakejkan menjadi SWF format.Flash boleh digunakan untuk perbentangan, game dan lain-lain. Terdapat 3 jenis interaksi simbol,teks, dan drag and drop.Seterusnya prof memberi penerangan  tentang tool yang yang terdapat pada flash.Selepas itu, penerangan tentang timeline.Layer digunakan untuk menentukan kedudukan kerja layer-layer tersebut.Kita boleh menentukan layer mana ynag hendak digunakan.Nombor-nombor pada timeline menunjukkan masa.Seterusnya prof menerangkan cara memilih bentuk seperti oval,rectangle pada tool.Saiz dan warna boleh diubah-ubah.Flash dihasilkan dalam bentuk vektor lebih detail.gambarnya sukar pecah.Selepas itu prof meminta semua pelajar menghasilkan gambar bukit dengan memaskkan 2 layer.Tugasan seterusnya ialah menyenaraikan semua fungsi-fungsi pada tool.Insyaallah kami akan cuba membuat homework supaya lebih memahami konsep flash.Terima kasih Dr.Syikin...
Entries RSS Comments RSS

Assalamualaikum....

Kerja sebagai satu ibadah...
Menuntut ilmu suatu kewajipan...

Pages


Copyright © Zuhairizam UTM
Powered by Blogger
Distributed By Free Blogger Templates | Design by N.Design Studio
Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com