MPT1193(Authoring System)

Tuesday 4 March 2014

Refleksi minggu keempat

No comments
Refleksi minggu keempat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah pada 3.3.2014 merupakan minggu keempat sesi pembelajaran untuk kelas Authoring system.Kelas dikendalikan oleh Dr. Zaida.Sebelum kelas minggu keempat kami telah membuat senarai semak berkaitan dengan basic skills seperti insert image,hyperlink to other files,link to email,link to other webpage,anchor,layer,insert multimedia element,and timeline-simple animation&record part.Pada permulaan kelas prof mengimbas kembali tentang konsep timeline,frame,dan layer kerana ramai pelajar yang belum jelas tentang konsep ini.Begitu juga dengan saya,dan alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menguasai basic skills seperti mana yang dikehendaki oleh prof.Prof memberitahu bahawa layer tidak begitu sesuai kerana tidak conpatible dengan browser-browser yang ada.Seterusnya prof menerangkan sedikit tentang anchor.Anchor  juga seperti link dimana kita boleh boleh mencapai apa yang kita hendah secara pantas dengan meletakkan tanda sauh dan di linkkan.Achor sesuai digunakan jika teks panjang dan untuk kembali ke menu atau tajuk yang kita kehendaki.Selain itu prof ada menerangkan tentang penggunaan frame dimana ianya tidak begitu popular kerana tidak sesuai bagi pengguna yang menggunakan mobile.Perbincangan pada hari ini adalah untuk mempelajari Devoloping Dynamic Webpage. Langkah pertama kita mengaktifkan sahaja IIS dan tidak perlu create.Kita mestilah on FTP server,web management tool,world wide web services.Selepas itu kite perlu create new site dan diberi nama project dan ikuti step-step seperti dalam nota yang telah disediakan oleh prof.Seterusnya kita perlu setup database file in access dengan create yang baru.Dalam table tu kita buat 5 new table dan beri nama surname,firstname,email,website,and message.Setelah selesai semua proses data base prof menerangkan step seterusnya iaitu untuk membuat connection.Di sinilah bermula masalah apabila kita memilih Custom Connection String dimana apabila kita memasukkan kod "Driver={Microsoft Access Driver(*.mdb)};DBQ=c\inetpub\wwwroot\data\data1.mdb;" ianya tidak match..Saya menggunakan dreamweaver CS6 dan ianya amat sukar kerana banyak perbezaan dengan CS3.Seterusnya prof meminta agar kami membuat homework dengan setup the contact form dengan mengikut step by step seperti dalam note.Kelas berakhir di situ dan ianya membuatkan saya tidak berpuas hati kerana tidak dapat menguasai sepenuhnya topik yang diajar..Walaubagaimanapun terima kasih prof....

0 comments:

Post a Comment

Entries RSS Comments RSS

Assalamualaikum....

Kerja sebagai satu ibadah...
Menuntut ilmu suatu kewajipan...

Pages


Copyright © Zuhairizam UTM
Powered by Blogger
Distributed By Free Blogger Templates | Design by N.Design Studio
Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com