MPT1193(Authoring System)

Tuesday 18 February 2014

Refleksi minggu kedua

No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu kedua kelas MPT1193 (Authoring System).Kelas dikendalikan oleh 
Dr Zaidatun binti Tasir.Banyak penerangan yang telah diberikan oleh beliau seperti aplikasi dreamweaver,group facebook Authoring System, programming vs authoring system, power point, toolbox, flash dan sebagainya.Beliau juga menerangkan perbezaan dynamic website dengan static website, aplikasi standolone dan web, dan lain-lain. Minggu ini saya dapat sesuatu yang baru dimana saya dapat mengetahui programming lebih canggih daripada authoring,power point,flash merupakan authoring dan bukannya programming.Selain itu saya mengetahui bagaimana cara multimedia authoring bekerja.Saya juga dapat mengetahui perisian mana yang sesuai untuk melakukan sesuatu pekerjaan contohnya kalau kita hendak melukis kita boleh gunakan flash.Pensyarah memberitahu kita boleh membuat simple project memggunakan power point dan inilah yang membuatkan saya tertunggu-tunggu untuk belajar.Selain itu juga saya dapat membezakan antara dynamic website dimana ianya selalu berubah dan boleh diubah oleh semua pengguna seperti facebook dan static website tidak selalu berubah dari semasa ke semasa.Alhamdulillah banyak sangat ilmu yang saya dapat minggu ini dan saya akan membuat homework untuk menambahkan lagi ilmu.Terima kasih Dr.Zaidatun.

0 comments:

Post a Comment

Entries RSS Comments RSS

Assalamualaikum....

Kerja sebagai satu ibadah...
Menuntut ilmu suatu kewajipan...

Pages


Copyright © Zuhairizam UTM
Powered by Blogger
Distributed By Free Blogger Templates | Design by N.Design Studio
Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com